: singgah dan comment :

yesterday - history
tomorrow - mystery
today - gift

:: sabut? ::

My photo
EA & MH . kajang . instagram - edayuanuar . ~ singgah dan komen dan share :)

:: melalak jum ::

::kelapa kelapa::

saya sangat busuk hati :)


. manusia punya cerita .

aku jahat

baguskan kata-kata nie.
aku ikut je :D


pernah ke aku cakap aku baik ?
aku dah cakap jangan cabar aku.
berkali-kali kau buat taik. sekali je aku balas.

bagi pengetahuan kau la kan bukan aku yang cerita.
sejahat aku, aku tak cerita dekat jejaka hensem kau.
aku cerita dekat bf aku je. ada faham aci ?
itu kerja orang lain.
sebab orang tu tak tahan dengan kau sendiri.
kau tanye la jejaka hensem kau tu aku cakap pasal kau keluar dengan kawan kau dan jarang dengan aku. tamat

orang macam kau nie cepat sangat membuat kesimpulan.
kesalahan aku kau nampak jelas tanpa berkaca mata.
kesalahan kau ? lupa pulak kau baikkan ? malaikat ?

aku tak sedar di untung atau kau ?
memang aku bayar pemandu kau pun. hari hari aku isi minyak.
cakap bahagi dua. ape cita ?

ape ? aku jaga tepi kain kau ?
kalau ape yang kau buat tak mengaitkan orang takpe. nie ?
ingat la sayang sem 1 kau mara aku bagi no fon kat bf aku skang ape cita?


aku setakat sehelai di kepala jadi kenapa dengan kau ?
tak senang duduk ?
aku berdosa atau kau berdosa ?

gembira ? aku patut tanye kau ? puas ?
kau yang lari. aku jugak yang kena.
aku cerita dekat orang pasal kau ?
dah die bf aku, aku cerita la semua.buat ape aku nak simpan ?

kau pengesat kaki aku ? ke aku ?
sedar la diri sape jadi kuli batak kau basuh baju.
sape bawak moto kulu kilir amek kau ?
hanye sebab motor tu kau punya nak tibai aku la ?

ade makcik rumah sebelah tu tanye pasal kau.
aku yang kena tegur bukan kau. sape dapat malu.
aku cikit tak cite kat kau sebab aku tahu nanti ade yang marah.
lagi pun sape yang tarik muka :)

kau pun dua kali lima la.
kau pun cerita pasal aku dekat kawan baru kau tu.
kawan yang kau kutuk tu ?
pergi la berkawan dengan orang yang kutuk kau hari-hari tu :)
aku suke sangat.

bukan main bangga kau cerita dekat si doremi ye.
bila kau mengata suke.
dah kena atas kepale kau sendiri. camne ? best ?
aku dah kena bale sebab aku buat kau :)
kau bile lagi ? lupa orang baik macam kau nie takkan kena bale.

nie la nasihat aku.
walaupun aku nie setan bertopengkan tudung kan ?
kau yang buat aku jadi busuk hati.
jaga cikit ape yang kau cakap. ape yang kau buat.
aku tak cakap aku sempurna. aku setan kot :)

aku tau aku ade buat kesalahan kat kau.
mintak maaf tu jela aku dapat buat.

sekarang kau yang tendang aku keluar
atau
kau sendiri yang tendang diri kau keluar ?


aku jenis pendiam
berkali kali aku kena aku diam
tak bagitau dekat sape-sape
kecuali bf aku.
salah ke ?

p/s banyak bale aku dapat. kau yang doakan ye :)
amin.

dugaan

. hari kecewa sedunia .


21/08/11

tak tahu kenapa hari ini macam serabut sangat.
kerana penat semalam aku demam hari nie. yana pula gastrik.
tak pernah dalam hidup aku tidur selama itu.
habis la puasa aku.
nasib baik tadi petang kelas batal.
tapi tak tahu pula group aku speaking.
tiba-tiba dengar sorang dah buat. hm.........

saye kenal awak.
tapi kalau dah mesej macam tu siape tak marah.
mari sini kawan awak tu biar saye yang luku-luku die.
saye tuduh awak mintak maaf ye.

satu lagi aku buka FB kawan aku post wall banyak sangat.
kalau nak kata kan satu screen laptop aku penuh dengannya.
nak tahu apa die tulis......



dia nie kire kawan aku mase sekolah menengah la dekat BBB.
tak tahu ape yang jadi dengan die nie.
bila aku dengan kawan-kawan bertanye tak berjawab pula.

weng relax la bro.
kiteorang kawan-kawan ko ade kat sini.
sayang kau sokong kau.
anggap itu dugaan bulan-bulan puase nie.

p/s - aku mintak maaf kepada yana sebab
marah kau tibe-tibe :D
maaf zahir dan batin.

tidak lena.

. basketball punya cerita .



tarikh - 18/08/11

perlawanan bola keranjang antara kampus

chendering

dengan

dungun.


tapi kami kalah dengan chendering.

18 - 12

bagi aku tak puas hati sebab hanya PG yang score.
so sel-ikan.
aku tak dapat score pulak. marah betoi !
aku harap dapat la karisma tu.
tak payah aku duduk luar lagi.
akibat die kaki aku mengalami pendarahan dalaman.
dalam pasukan aku ada seorang lagi macam nie.
die punya ibu jari kaki biru.
bawah kuku tu darah beku.

coach kate jatuh saham betul ke APEK ?

balik sahaja ke rumah sewa aku tak dapat tidur.
tidak tahu lah kenapa dah la pagi tadi teriok habis.
jadi kembar Apek sudaa....
penat mata pedih tapi tidak dapat lena.
sungguh seksa. aku sahur, basuh baju, gosok baju.....
sambil tu terdengar lagu nie. macam betul je ?


lirik nie tak sempurna lah !

ingin aku berpesan
kepadamu kekasih
kiranya engkau resah dan tak lena
itulah hembusan rinduku

p/s
PG - pointguard.
video tarak BB saya sangat lembab org pape la katekn.
tahahaha.

bagai bagai

. sesuatu yang berbeza .


banyak masalah yang jadi lately.
bagi aku normal sebagai seorang pelajar menghadapi masalah macam nie. duit, kawan, keluarga, pelajaran, gangguan, hubungan, kesihatan, sukan. bila semua bercampur aduk semua jadi serba tak kena. tapi mampu ke seorang gadis menghadapi masalah nie sendiri. ini lah masa aku tarik muka.

duit.
tak cukup ? entah la.........
makan. minum. minyak 3 hari RM5. sewa RM130 sebulan.
tak mahu mintak umi dengan abah. maaf susahkan umi abah.
aku tak suka berkira. kau matang la.
takkan hal macam nie aku nak bagi tahu juga.
camon la ! you said divide equally.
now ! what going on beb ?

kawan.
terima kasih bungkusan hitam :)
bila ramai kawan kena jaga hati satu per satu?impossible!
saling memahami itu yang terbaik.
berusaha yang sebaik mungkin.
masalah yang timbul tak semestinye punca dari anda.
nak bocor fikir kawan. tapi kau tak kesian ke ?
tapi bila kita diketepikan sedangkan kita yang berusaha. siapa nak tanggung ? tell me ?

keluarga.
abang ku sayang.
tolong la suruh yang berkenaan tu berubah.
fatin tak kacau die pun.
kenapa die nak halang pertemuan kamu dengan fatin ?
jealous ?
fatin memang rapat macam kekasih tetapi fatin hanya kasih.
kami kongsi kegemaran yang sama. itu sahaja.
sekarang tidak rapat lagi kerana orang itu.

pelajaran.
untung la orang pandai.
jangan cakap macam tu dekat aku.
semua orang ade kemampuan tersendiri.
kalau aku pandai dah lama aku kerja di syarikat Edayu and Co.
tak belajar.......
kau ade kelebihan kau. aku ade kelebihan aku.
im still learning.
cuma usaha yang membezakan kau dan aku.
aku ? pemalas....

gangguan.
banyak jenis. gangguan FB, BLOG, ORANG.
fb? gangguan laman sosial. tercantas mood.
orang salah guna. bila orang tegur balas la kan.
nanti katanya sombong.
tibe-tibe i love you ? i what you? wtf man.
melayu tu.behave la ! mane kemelayuan kau ?
free ceramah bersama ustazah Edayu *bukan ustazah
orang? bajang yang selalu ganggu aku.
kalau tak aku, ganggu kawan aku.
what the point? im not going back with you la bro.
pergi la kahwin kau tu !

hubungan.
apek - amoi.
saya tau awak nak pindah. sebab tu banyak keluar.
saya tahu banyak lagi bende penting dari saya.
saya cuba faham. kadang-kadang tak bagi tau.
saya tahu saya pernah buat hal.
dunia ini karma. yes ! saya takut awak buat saya pula.
saya sedar sumber perkenalan kita. saya sedar diri saya.
banyak perempuan sekarang :) . dah lain.
kalau saya tak faham maafkan saya.
ini kerana dorang dapat jumpa awak dan saya tak.
you the only one i want ...

kesihatan.
kambing dan ikan masin. kenapa saya tak boleh makan awak.
darah tinggi. tu la penyakit aku. kata doc keturunan.
tolong la vanish aku nak makan lamb pie !
ulu hati. sakit teramat. selalu bersama ubat.
kadang-kadang lupa bawa.
ini menjadi sebab aku dimarahi oleh apek.
bak kata apek takde penyakit cari penyakit. :p

sukan.
along ? nama baru.
aku bukan taknak main. tapi semua kacau bilau.
coach suruh macam nie team suruh macam tu. which one ?
bila pihak lawan dapat mata blame me !
matang la semua takkan sempurna. takkan jadi seperti dirancang.
baru lawan sesama team belum lawan sebenar. relax la beb.
aku dah la lampi. kalau korang nak tahu.

tambahan aku nie pekak.
jangan suruh aku korek telinga. dah banyak kali buat.
cuma mase kecil ade kisah die. nanti cerita ye :)


maaf terkasar bahasa.
ini hanya berkenaan yang hidup bukan yang mati. :p

m a s a i ++

. berjalan punya cerita .


hari sabtu. 13 Ogos 2011.
berjalan bersama kawan aku.
sume naik giler bila tunggu waktu berbuka puasa.
sedangkan ade orang tu tak boleh puase.
siap makan kurma dan minum air laici lagi. tahaha.
gelak besar aku :D
ape aku beli.
banyak juga tapi takde la sampai beratuskan.
nie dia.


sama ada gula tarik atau kuih seman.
mane satu tak tau yang aku tau sedap.
tahaha...

nie aku beli untuk family aku.
deme suke sangat lagi-lagi akak aku.
aku pulak suke dodol sebelah tu.

losong.
aku beli 3 bungkus je.
tapi tak dapat bawak balik rumah maaf :(


siti noor liyana terima kasih bawak saya jalan-jalan.
rase nak tercabut tangan ye.
tu la berjalan lagi dengan orang tak reti bawak kereta.
love u . :) HIDUP NAVY !!! tahaha...


sakit-sakit pun beli belah.
untuk family bukan aku :D

maaf ye H buat awak risau.

bujang #1

. TEPUNG BUNGA .



kuih paling senang .
cuba la .

1. Tepung pulut .
(dicampur dengan air digenteng dan tekan sedikit di tengah)
2. Air secukupnya .
3. Telur .
(dipukul kemudian celup hasil tadi dalam telur dan goreng)
4. Gula .
(ditabur selepas goreng)
5. Minyak masak .
(untuk goreng - minyak biar panas)

resepi sebenar boleh tekan sini .
edayu punya nie bahan bujang je :p

HAVE FUN :)
SELAMAT BERBUKA PUASA

maaf

. buli punya cerita .


aku memang selalu kena buli. biar je orang nak buat apa. aku hanya dapat serap dan baiki. sebab tu aku akan marah kalau hanya perkara remeh terjadi. apabila terjadi sesuatu di luar jangkaan sesuatu yang amat besar yang sepatut nya aku marah aku lebihkan diam. jangan memerli orang nanti anda yang lebih. jangan bercakap besar. jangan mengatakan tak kan kepada sesuatu yang tidak elok nanti anda akan merasakan sendiri kesalahan yang anda buat kemudian hari. semua orang tidak sempurna. semua orang akan mencari keburukan orang lain. bak kata miss BEL aku mahupun mak mertua kita akan mencari kesalahan kita. lumrah. apa yang aku kena tu pengalaman. bila lagi kita nak kena. mungkin bala yang menimpa itu akan membuatkan kita ingat akan seseorang. tidak kira lah ingat secara buruk atau tidak. sebaiknya kita tak boleh bersangka buruk. mungkin ada benda disebalik kesalahan yang dia buat. aku lebih suka diam bila orang pentingkan diri. tak suka marah depan. sebab aku tahu aku bukan manusia sempurna kemudian hari atau hari akan datang aku akan buat benda yang sama. tanpa sedar dan jaga kesalahan tu datang sendiri. yang hanya mampu kita buat mintak maaf dan memaafkan. jangan pula ada yang terasa masa itu kerana itu semua balasan kepada apa yang kita buat apa yang orang buat. jangan sebab yang remeh semua tarik muka. dalam keluarga pun boleh bergaduh inikan sesama manusia yang tiada talian darah. biasalah hidup kita takkan sempurna ini semua dugaan serta ujian ALLAH. bersabarlah.

dunia ini KARMA !

p/s - saya jahat saya banyak salah mohon maaf.
sedar diri.
masalah pada bulan puasa itu ujian dari Yang Maha Esa.

:: more more ::