: singgah dan comment :

yesterday - history
tomorrow - mystery
today - gift

:: sabut? ::

My photo
EA & MH . kajang . instagram - edayuanuar . ~ singgah dan komen dan share :)

:: melalak jum ::

::kelapa kelapa::

terubat



. bukit belacan punya cerita .

semuannye tak dirancang. kelmarin aku baru jumpa kawan aku sorang nie. nama aku bagi kat sini A. baik orangnye cuma muka sahaja nampak garang. bak kata si A muka sahaja ganas tapi hati ade taman. si A boleh pula mengajak aku pergi mandi air terjun. aku pula jenis layan je kalau aku ada masa terluang. plan kemain gerak pagi pukul 10 tapi pergi ke destinasi pukul 3. punya la lame berapa gelas air dah si A minum. minum pula air red bull kononnye penambah tenaga. si A nie suka berjenaka die suka membahan orang mangsa keadaan dia mase tu aku dan seorang lagi kawannye B. si B nie keturunan pakistan. aku tak tahu kenapa sejak-sejak nie aku berkawan dengan darah pakistan. bos kakak aku pun berkuturunan begini. pelik....

penat tu memang la tak dapat dinafikan. tapi sanggup pula si A berulang-alik angkat aku dengan si B. sebab takde pengangkutan. pergi hanya bertiga. tapi port yang si B bawak taknak jauh lagi. hujan sudah mula lebat. mandi dengan air yang deras memang best. dari pagar depan kena berjalan kaki bayaran masuk RM1. masa tu bermula lah aku sebagai mangsa buli. mereka boleh berlari tinggalkan aku. ape besar punya haram. si B pula seronok menyimbah air ke muka aku sampai aku lemas sedangkan tak masuk lagi dalam air. sebelum balik aku terjun buat kali terakhir. aku nie buas sikit orang nye :p

malam tu ada sesuatu terjadi yang mengubat segalanye
terima kasih kepada si B dan si A
bersusah payah bawa saya berjalan-jalan

alhamdulillah ade orang masih menerima saya
sedangkan awak tahu semua apa yg terjadi :)

baby and leg

. rokok punya cerita .

sekarang bukan aku nak cerita pasal buruk nye rokok tapi nak cerita pasal pelik nye perangai perokok sekarang. kepada yang tahu aku kan kerja sementara kat kedai buncit julia. jadi tak hairan la macam-macam gaya manusia aku jumpa. ade la satu hari tu hari ketiga aku berada di kedai buncit tu nie. kali pertama aku tengok macam mne supplier rokok sampai. banyak juga tapi bos aku nie jenis tak merokok jadi die tak tahu yang mane manusia sekarang suke. kalau aku cakap nanti ape pula katanye. bila ade rokok baru aku rase ade sambutan dekat kedai buncit nie. alamat tak menang tangan aku lepas tu lagi-lagi hari jumaat. lepas je balik solat jumaat bederu orang datang kedai buncit nie. tapi nampak je untung tak silap aku satu kotak hanya untung 50 - 70 posen je.

berbalik kepada tajuk asal ade la telatah perokok yang aku geli hati melihatnya. MEMILIH-ade seorang pakcik nie aku tak sedar pulak die ade penyakit mungkin die tak makan ubat mase tu die beli rokok dunhill 20 dua tak silap aku satu tu gambar kaki yang tak berapa nak ade dan satu lagi gambar baby yang tak berapa nak rupa manusia. pakcik tu sikit punya memilih die nak yang gambar kaki tu je. yang aku pelik die suruh cari jugak gambar kaki tu sampai aku kena buka lagi satu papan baru. balik tu aku tanya orang pakar merokok rumah aku *aboh. abah aku kata yang gambar kaki tu akan hanya memberi kesan buruk kepada kaki sahaja. kurang-kurang rosak kaki je takde kena kat baby tadi. hahaha...

dulu mase aku kat kampung dan mase arwah nenek aku ade *ma. ma selalu buatkan rokok pucuk untuk atok aku *pa. tapi sejak ma sudah tiada memang lama kiteorang tak nampak rokok pucuk nie. tapi satu hari mase aku balik dari U aku ternampak seorang pemuda nie hisap rokok pucuk. hairan juga aku tengok orang muda hisap rokok pucuk. jarang. atuk aku pula mengeluarkan hasrat mahu rokok pucuk. dan haritu aku ternampak dekat depan rumah aku tu ada jual rokok pucuk dan aku berjanji akan belikan untuk die dengan syarat tanpa tembakau. lepas kau balik kerja aku pergi la beli dekat kedai depan rumah aku tu. bukan main malu lagi kalau dok melalak dekat kedai buncit tak pulak malu macam nie. mase aku sampai tu banyak pulak brade beli barang aku tunggu je biar reda sikit baru aku beraksi. bila aku mengeluarkan hasrat aku nak beli rokok pucuk tu pakcik tu boleh ternganga pulak sudah la kedai ala-ala kampung buatan kayu nasib tak cicak melepas masuk dalam gaung. bila aku terangkan hal sebenar baru gaung yang ternganga tadi di tutupi dengan batu-bata putih dengan sedikit kekuningan. hahaha....

atuk aku kata tak sedap.
air tangan isteri juga sedap :)
al-Fatihah

p/s ~ yang kedai punya letak ubat supaya tahan lama
setahun aku takkan kunjung kedai tu malu beb !

group of story

. pakcik 'us' punya cerita .

aku sudah mula kerja pada hari isnin lepas . kerja kedai runcit ala kadar je. tak payah la nak kerja asyuk-asyuk buat penat je lambang je lebih. aku ingat gaji aku nak buat lesen nampak nye tak jadi la sebab aku kena bayar sewa rumah untuk sem depan. aku nak cerita pasal pengalaman aku kerja. seperti korang tahu sekarang nie musim panas. memang panas tersangat. kite tak dapat buat ape selain redha je. satu hari tu ade pak cik nie aku gelarkan die pakcik 'us' sebab die pernah pengeluarkan statement agama yang bahaya. sedang aku mengira baki duit pakcik us beli surat khabar die berkata ~

" sekarang nie musim panaskan? panas sangat " kata pakcik us sambil melihat ke muka aku.

aku pula mengiakan je. sejak aku kerja ape yang pelanggan cakap aku ia kan saje. malas la menimbulkan masalah dengan pelanggan sudah la kedai tak berapa nak jalan nanti menutup periuk nasi bos pula. selang beberapa saat pakcik us bersuara~

"mungkin sebab manusia sekarang banyak dosa "

aku jadi ..................................?

selamba sahaja die berkata. pakcik us pula berkata sambil melihat muka aku seperti menuduh aku pula. paham-paham la. kalau korang ditempat aku. kalau yang jejaka bak kata tertelan halkum yang gadis pula tertelan ape ? haha...

. orang asing punya cerita .

kalau ikut hati aku memang betul-betul tak suke foreigner nie. cukup aku #$%^&. paham-paham la kan. tapi dekat kedai aku nie ramai pula orang jenis macam nie. pelik juga aku. tapi aku berterima kasih juga sebab die tolong memajukan perniagaan bos aku. aku pula senang hati sebab senang nak mintak gaji kalau sudah untung kedai banyak. aku cukup sesat melayan jenis nie. sudah la cakap seketul-seketul contoh ~

nak tepung - " tepung ? "
nak tukar duit - " change ? "

patutnya cakap la penuh . bila nak tukar duit tu aku ingat nak tukar barang. ingat sini pakai sistem barter macam kat tanah arab ke ? macam-macam sudah la cakap tak betul pastu sekali beli borong satu kedai.

. kehidupan punya cerita .

nie pula cerita pasal aku bergaul dengan golongan orang-orang sudah berumur. tajuk yang mereka katakan kebanyakan nye pasal kahwin, duit, kerja, dll. kedai nie selalu dikunjungi oleh seorang pakcik tua nie. pakcik nie selalu beli rokok pallmall dekta kedai nie. tak silap aku umur die 8+ tahun la. sudah tua tapi masih kuat berjalan. aku sunggguh kagum. pernah sekali die bercerita pasal seorang pekerja kedai nie. orang kata kepala pekerja itu sudah tidak berapa betul. kadang-kadang die akan menjerit tak tentu hala. bila pakcik tua tu cerita hal sebenar baru aku tahu sebenarnya die sudah ditinggalkan isterinya dua kali. kali pertama die berkahwin dengan orang melayu biase katanya tidak sehaluan lalu bercerai. sejak die bercerai hati nye hancur dan menjejaskan kerja nya sebagai pengawai bank. dengar cerita kena buang kerja. pilu hati aku dengar. tapi ade anak satu dan die menjaga anaknya sebaliknya si isteri buat tidak tahu.
kali kedua die berkahwin dengan orang indon. tetapi tak sampai satu bulan apabila si isteri ajak balik ke indonesia si suami enggan. lalu bercerai. kesian bukan. dahulu kala lelaki selalu kena. sekarang gadis pula kena. dunia dunia.

satu lagi cerita pasal pakcik tua tu sendiri. die lagi la sakit hati aku dengar cerita die. sebab si isteri bercerai kerana mahu berkawin lain. dan yang mahu dikahwini nya itu kawan karib pakcik itu sendiri. macam-macam sifat manusia. kalau lelaki masalah kahwin banyak kalau gadis ini pula jadi nya.

. berita punya cerita .

sekarang kerja aku baca surat khabar je. biase la kerja kedai 'buncit' . sekarang kalau korang tahu banyak kes-kes bunuh. kenapa manusia sekarang ? terlalu kejam. ade yang bunuh tanpa sebab. ade yang bunuh tunang sebab si tunang mahu putuskan ikatan. lepas tu bunuh diri. macam-macam tak ade kesedaran ke ? nyawa orang bukan hak kite putuskan. walau macam mane sakit hati atau kejam orang itu kita tak dapat buat ape hanya berserah iti sahaja kita mampu. seperti hati aku. duduk dekat tidak pula jumpa. kalau jauh mahu pula berjumpa. lepas tu cerita O and O. siapa yang baca paper tak rase tertipu ke ? gambar yang dipaparkan itu satu penipuan. takkan la orang tu mati dalam keadaan yang sama. takkan la die mati kedudukan die ternganga sama ? sedangkan wajah nya pada tahun baru-baru ini sudah berisi sedikit.

satu lagi cerita selamatkan. sedih hati aku menitis air mata membaca akhbar tentang seorang ibu membengkok kan palang tingkap untuk selamatkan anak nya. kasih nya seorang ibu terhadap anaknya. terlalu menyayangi anaknya sehingga menggadai nyawa nya sendiri. aku kesian pada anak-anaknya kehilangan ibu tersayang sedangkan hari ibu menjelang tak lama selepas itu. bersyukurlah dengan ape kita ade. ini pula cerita seorang ibu kehilangan anak nya.
tiga orang anak nya. pilu hati nye. aku nasihatkan jangan bawak anak-anak masih keci pergi mandi air terjun. bahaya aku tahu sebab aku penah hanyut mase aku kecik.

renung-renungkan lah :)

ps~ bekerja di seksyen 9 Bangi (JULIA)
visit lah saya :P

:: more more ::