: singgah dan comment :

yesterday - history
tomorrow - mystery
today - gift

:: sabut? ::

My photo
EA & MH . kajang . instagram - edayuanuar . ~ singgah dan komen dan share :)

:: melalak jum ::

::kelapa kelapa::

skrin cetak

. print screen punya cerita .



terima kasih kerana menerima saya seadanya .
sedangkan apek tahu segalanya yang berlaku .
tersentuh sampai menangis oo..cengeng !
berkekalan hendaknya :)

nombor bertuah !!
pengikut yang ke seratus kiky :)
ribuan terima kasih kerana sudi pengikut saya .
juga ditujukan terima kasih kepada semua pengikut saya :D

resipi bubur asyura umi aku suruh salin malas buat je macam nie .
tapi die marah sebab resipi nya ada dalam laptop saya :p
saya berada di dungun dia di rumah. tahaha


p/s - aku baru belaja bende nie printscreen .
dulu aku tak urban macam sekarang :p
koleksi setakat nie dengan kaedah skrin cetak .
saya memang kuno !!

yum yum :D

. makan punya cerita .


cheese burger !
asal banyak sangat ? ini disebabkan ada nya hari percuma cheese burger di mcD .
banyak kiteorang beli. beli 1 percuma 1 = 10 ketul

lauk hari pertama saya jejak kaki ke ruamh setelah sekian lama .
lala pedas - tempoyak ikan patin - gulai lemak ikan masin - paprik

maggi goreng ruski .
kebuluran waktu malam saya masak maggi goreng beperencahkan RUSKI KAW .
lebihan perencah tak digunakan .
jangan membazir amalan syaiton .

bubur .
ini pun makanan kegemaran saya .
belauk kan paprik dan ikan bilis kicap .



p/s - apa pun UMI SAYA MASAK JUGA SEDAP !!!
takmo lain :P

sekolah rendah :|

.FAR punya cerita.



berlaku ketika aku dan putri habis menjawab peperiksaan FAR. soalan nya susah tapi menjawab seperti menghafal jawapan*faham-faham lah :P tapi kami tak lah "sepandai" awak menghantar jawapan tidak sampai 30 minit. pensyarah amat bemurah hati kerana memberi pelajarnya menjawab hingga ke saat akhir dan kami mula leka. selepas sahaja menghantar kertas jawapan aku dan putri mula bermain pemadam. teringat ketika sekolah rendah dulu selalu bermain seperti ini. jangan kata anda tidak pernah buat demikian kerana bermain pemadam ini dikira urban pada zaman kanak-kanak dulu. ada juga menjadikan pemadam sebagai gasing. sangat lucu. merindui zaman sekolah rendah di mana zaman tiada yang fofular and unfofular. tahahaha

kalah 10 - 4
outside 3 kali

ENJOY
sekali sekala tak salah :)

satu sabtu-Day #2

.SABTU punya cerita.


G A M B A N G

belum terlambat untuk join segmen aziluz sekarang pukul 9.24 PM . tehehe..

amatur

. putrajaya punya cerita .


umi*awek cun dan aboh*abg ensem

dalam sejam juga ia meletup tapi tak sehebat kastam dulu
* video mahu upload tapi bb lembab !

GENG 1 * kedua , sulung , ketiga

GENG 2 * kelima , bongsu , keempat

berdua - dua an

golongan senior yang turut serta :p

permandangan
* kapal biru wakil PERAK lagu tema ( musim dorian )

selepas ~~~ sebelum itu

orkid * sebelah itu tak tahu pula :p

melepak bersama biker-biker

THE END ~~~ bye

p/s - menghadiri pameran bunga di Putrajaya :D
menaiki cruise hebat sebab tiket percuma :)

[segmen] satu sabtu-Day #1

. SABTU punya cerita .


C E N D O L



segmen ini baru di kenalkan bermula pagi 12.00 am ini bertarikh 16 JULY 2011.
semangat gitu untuk mulakan segmen ini :)


maklumat lanjut tekan di sini :: hampas :D

paras meningkat


. blogger punya cerita .


nak cerita pasal apa?
ha..cerita pasal nie ~~~



gambar ini menjadi bukti betapa gembira nya aku dengan paras peningkatan yang berlaku.

DULU
- shoutbox itu tak laku dek orang. langsung tak begerak .
-hit counter 1000 lebih
- kaki skodeng hanya aku seorang :(
- bilangan comment dalam satu entry pun takde .

SEKARANG
- shoutbox sudah banyak pengunjung . TQ kepada yang singgah .
- hit counter sudah 2000 lebih
- kaki sekodeng dari 1 orang jadi 7 orang * terkejut beruk
- bilangan comment makin membuak-buak :)

bilangan pengikut makin meningkat dari 20 - 30 * syukran
banyak kan lagi :D

terima kasih kepada yang melawati blog saya
singgah lah nanti saya akan follow anda

o_O

aku join segmen berhantu !




. seram punya cerita .


kalau nak cerita pasal hantu-hantu nie aku tak berapa pandai sangat. tapi ada la satu dua pengalaman. seram ke ? entah ..

cerita 1 - hari pertama pindah kerumah baru. dulu nya rumah itu rumah tetamu jadi tak selalu berpenghuni di dalam ini. masing-masing memilih bilik ideal masing-masing ade yang pilih menghadap padang ade yang pilih bahagian belakang ade juga yang pilih kerana tandas berjamban duduk. tahaha.. aku pula memilih bilik yang di tengah-tengah. pada mula nya abah aku tak bagi aku menginap di bilik itu. ' bilik tu keras la dik ' . tapi aku bekeras mahu tidur di bilik itu kerana hanya bilik ini ada beranda di tepi bilik. pintu aku selalu berkunci setiap kali aku mahu lelapkan mata. pada satu malam itu sedang aku enak tidur aku rasa ada orang kejutkan aku. terasa badan aku ini di gerak-gerakkan oleh seseorang seperti seorang ibu mahu kejutkan anak nya bangun tidur. aku pula tidak sedar masa itu lalu ' nanti adik bangun la umi ' ......
tidak lama selepas itu umi aku ketuk pintu suruh bangun. lama juga aku mengambil masa untuk sedar bahawa siapa yang kacau aku tadi ???? ..... 5 minit .... aku terus beredar dari bilik itu dengan segera. sampai sekarang aku masih menginap di bilik ini name nya bilik mawar. nasihat ~ selagi kita tak kacau selagi itu dia tak kacau kita ~

cerita 2 - semasa aku di PLKN aku pernah tidur sekali bercantum katil dengan seorang kawan aku yang keesokan nya dirasuk. bella itu panggilan kawan aku ini. baik orang nya. aku mula rapat dengan nya kerana satu minat yang sama. orang kata aku kembar nye walaupun wajah tidak serupa. tapi kemana sahaja dia pergi aku akan ikut. ada cerita di sebalik nya. pada mula nya aku dilantik menjadi ketua dom (BP7) . kerana kata mereka aku sangat berani hanya kerana aku ketandas pada pukul 3 seorang diri. malam itu terjadi sesuatu kami berempat pergi ke kawasan larangan padang kawad. aku hanya pergi sekerat jalan lalu beredar kerana tidak sedap hati. sementara peninggalan aku itu rupa-rupa nya bella di rasuk. aku tidak tahu pada mula nya aku dapat tahu apabila bella balik ke dom dalam keadaan pucat dan tidak bermaya. aku pula ditugaskan menjaga nya. lalu katik bella yang dahulu nya di belakang sudah berpindah tempat tidur di hadapan bersebelahan katil aku. mula dari hari itu aku menjadi pengikut nya. apabila bella bercerita hal sebenar baru aku tahu. kata bella salah seorang kawan aku itu mulut nya celupar semasa aku sudah beredar pada malam itu. ' entah-entah antara kita ada orang keempat '. tidak lama pada itu bella melihat seorang atuk tua lalu dia tidak sedarkan diri. keesokan malam nya bella dirasuk lagi. kata nya dia melihat ada seekor harimau putih mengelilingi katil aku *resam ... nasihat ~ jangan mulut celupar nanti orang lain yang kena .

14 hari bulan :(

. berjalan-jalan punya cerita .


cerita masa aku balik rumah. saya dan awak pergi berjalan-jalan. kawan awak pula mengajak keluar pergi mandi di bukit belacan. kalau nak katakan banyak kali dah kami berkunjung di sini bermandi manda. kali ini berlainan cikit kawan awak Akbar bawa kekasih hati nya Yani. secocok seronok aku melihat mereka. yelah orang kate same keturunan. Akbar nie boleh dikatakan berketurunan pakistan yang Yani nie pula ade iras-iras arab sikit. bak kata awak secocok hidung bertemu hidung.*kemain awak kalau bab perli orang ~ kenapa lah korang bergaduh. berbaik lah. jangan sia siakan hubungan korang hanya kerana Bandar Tasik Selatan. aku yang cuba basuh pun kena. maleh la lepas tu

kali ini kami pergi di situ di ganggu oleh kawan awak. suke benar bila ia dapat kacang cap jari yang Akbar belikan. kacang tu pula sepatut nya jadi umpan ikan-ikan kecil yang awak mahu tangkap. banyak juga ikan-ikan kecil ni. tapi aku tak pula tahu ape ke jenis ikan-ikan ni. hanya si dia sahaja yang tahu. aku pula jadi teruja menghancurkan kacang dan beri ikan-ikan ni makan. awak pula terlalu asyik dengan ikan-ikan ni sampai saya pun awak tak peduli. kalau tidak tak kan awak sanggup pergi buat kali kedua esok hari nya kerana ikan-ikan ni. sayang sangat kepada ikan tidak boleh berenggang agak nya. tahaha... tapi si dia suka kan binatang juga. dia membela arnab. aku dulu mahu juga membela arnab tapi kata umi ku arnab ni hancing sikit bau nya. jadi aku hanya membela ikan laga yang tidak kencing-kencing. tahaha.. baru-baru ni arnab dia beranak 5 ekor agak nya tapi tak kekal lama. aku baru ingat nak ambil satu. hm..

lepas je kami pergi bermandi manda singgah di kedai mamak mengisi perut sementara menunggu perancangan seterus nya. keputusan nya Akbar mahu balik dengan kekasih nya. saya dan awak pula cadang untuk bersiar-siar lagi. jadi kami pergi bermain bowling.

sebelum ni aku ada juga ajak bermain bowling tapi katanya tak gempak la lawan dah tahu siapa akan menang. tapi kali ni die pula ajak. aku terima sahaja sebab sudah lama tinggal permainan ni. tidak seperti si dia selalu juga dia ikut umi nya pergi bermain bowling. kami main 2 game. aku pakai bola no.10 bertanya pula si dia yelah berat katanya bagi seorang perempuan. tapi bola sepatutnya ikut berat badan kena stabil jadi aku nie tak nak besar pula awak tu lain berbeza la jadi nya. pada permulaan nya memang macam haram. tapi apabila sudah biasa dengan suasana di situ aku dapat strike 2 kali berturut. yeah ! si dia sangat marah. alasan bertuah je tu. dua2 game aku menang. pada masa tu aku sudah merasakan badan nya panas tapi katanya tiada apa-apa.




lepas bermain bowling kami pergi berkaroke. ni dah menjadi rutin si dia suka sangat bernyanyi mungkin mahu menunjukkan suara jantan nya. banyak juga lagu baru saya tahu melalui nya. tapi hari itu belalu dengan pantas tak sempat dan tak puas melihat muka awak. saya dan awak kini menunggu saat 14 hari bulan. lama tu katanya setiap hari. sabor jela. tersangat rindu akan masa itu. maafkan saya atas kesalahan saya. saya tak buat lagi . tersangat-sangat rindu kan awak cintakan awak :)


tolong la faham :(
tersangat la rindu

14 JULY 2011 :D

:: more more ::