: singgah dan comment :

yesterday - history
tomorrow - mystery
today - gift

:: sabut? ::

My photo
EA & MH . kajang . instagram - edayuanuar . ~ singgah dan komen dan share :)

:: melalak jum ::

::kelapa kelapa::

aku join segmen berhantu !




. seram punya cerita .


kalau nak cerita pasal hantu-hantu nie aku tak berapa pandai sangat. tapi ada la satu dua pengalaman. seram ke ? entah ..

cerita 1 - hari pertama pindah kerumah baru. dulu nya rumah itu rumah tetamu jadi tak selalu berpenghuni di dalam ini. masing-masing memilih bilik ideal masing-masing ade yang pilih menghadap padang ade yang pilih bahagian belakang ade juga yang pilih kerana tandas berjamban duduk. tahaha.. aku pula memilih bilik yang di tengah-tengah. pada mula nya abah aku tak bagi aku menginap di bilik itu. ' bilik tu keras la dik ' . tapi aku bekeras mahu tidur di bilik itu kerana hanya bilik ini ada beranda di tepi bilik. pintu aku selalu berkunci setiap kali aku mahu lelapkan mata. pada satu malam itu sedang aku enak tidur aku rasa ada orang kejutkan aku. terasa badan aku ini di gerak-gerakkan oleh seseorang seperti seorang ibu mahu kejutkan anak nya bangun tidur. aku pula tidak sedar masa itu lalu ' nanti adik bangun la umi ' ......
tidak lama selepas itu umi aku ketuk pintu suruh bangun. lama juga aku mengambil masa untuk sedar bahawa siapa yang kacau aku tadi ???? ..... 5 minit .... aku terus beredar dari bilik itu dengan segera. sampai sekarang aku masih menginap di bilik ini name nya bilik mawar. nasihat ~ selagi kita tak kacau selagi itu dia tak kacau kita ~

cerita 2 - semasa aku di PLKN aku pernah tidur sekali bercantum katil dengan seorang kawan aku yang keesokan nya dirasuk. bella itu panggilan kawan aku ini. baik orang nya. aku mula rapat dengan nya kerana satu minat yang sama. orang kata aku kembar nye walaupun wajah tidak serupa. tapi kemana sahaja dia pergi aku akan ikut. ada cerita di sebalik nya. pada mula nya aku dilantik menjadi ketua dom (BP7) . kerana kata mereka aku sangat berani hanya kerana aku ketandas pada pukul 3 seorang diri. malam itu terjadi sesuatu kami berempat pergi ke kawasan larangan padang kawad. aku hanya pergi sekerat jalan lalu beredar kerana tidak sedap hati. sementara peninggalan aku itu rupa-rupa nya bella di rasuk. aku tidak tahu pada mula nya aku dapat tahu apabila bella balik ke dom dalam keadaan pucat dan tidak bermaya. aku pula ditugaskan menjaga nya. lalu katik bella yang dahulu nya di belakang sudah berpindah tempat tidur di hadapan bersebelahan katil aku. mula dari hari itu aku menjadi pengikut nya. apabila bella bercerita hal sebenar baru aku tahu. kata bella salah seorang kawan aku itu mulut nya celupar semasa aku sudah beredar pada malam itu. ' entah-entah antara kita ada orang keempat '. tidak lama pada itu bella melihat seorang atuk tua lalu dia tidak sedarkan diri. keesokan malam nya bella dirasuk lagi. kata nya dia melihat ada seekor harimau putih mengelilingi katil aku *resam ... nasihat ~ jangan mulut celupar nanti orang lain yang kena .

9 comments:

  1. yeah..btol2..jgn ckp besar...

    ReplyDelete
  2. mak aih...seram doe...
    yg plkn tu agy seram! erk.. braninye pegi tndas sensorang pkul 3 pagi

    ReplyDelete
  3. tu la..pergi tandas ade matlamat sebab tu tak fikir panjang..tehehe

    ReplyDelete
  4. selagi kita tak kacau dia..dia tak kacau kita..betul tu. tapi, boleh tahan seramnya.

    ReplyDelete
  5. ya..tapi berani sangat pun tak boleh juga kan? hmm

    ReplyDelete
  6. mulut celupar mmg akan kena... huhu... kite ni tak leh terlau berani atau terlalu takut.. huhu...

    Entri Terbaru Saya : Day 4 of 30 days blog challenge;
    Day 5: My Relationship Status

    Boleh tolong komen Sini?
    Hehe..

    ReplyDelete
  7. TIGA KISAH PALING SERAM AKAN DIKETAHUI ESOK JAM 10.00 PAGI YE. =)

    ReplyDelete

:: more more ::