: singgah dan comment :

yesterday - history
tomorrow - mystery
today - gift

:: sabut? ::

My photo
EA & MH . kajang . instagram - edayuanuar . ~ singgah dan komen dan share :)

:: melalak jum ::

::kelapa kelapa::

group of story

. pakcik 'us' punya cerita .

aku sudah mula kerja pada hari isnin lepas . kerja kedai runcit ala kadar je. tak payah la nak kerja asyuk-asyuk buat penat je lambang je lebih. aku ingat gaji aku nak buat lesen nampak nye tak jadi la sebab aku kena bayar sewa rumah untuk sem depan. aku nak cerita pasal pengalaman aku kerja. seperti korang tahu sekarang nie musim panas. memang panas tersangat. kite tak dapat buat ape selain redha je. satu hari tu ade pak cik nie aku gelarkan die pakcik 'us' sebab die pernah pengeluarkan statement agama yang bahaya. sedang aku mengira baki duit pakcik us beli surat khabar die berkata ~

" sekarang nie musim panaskan? panas sangat " kata pakcik us sambil melihat ke muka aku.

aku pula mengiakan je. sejak aku kerja ape yang pelanggan cakap aku ia kan saje. malas la menimbulkan masalah dengan pelanggan sudah la kedai tak berapa nak jalan nanti menutup periuk nasi bos pula. selang beberapa saat pakcik us bersuara~

"mungkin sebab manusia sekarang banyak dosa "

aku jadi ..................................?

selamba sahaja die berkata. pakcik us pula berkata sambil melihat muka aku seperti menuduh aku pula. paham-paham la. kalau korang ditempat aku. kalau yang jejaka bak kata tertelan halkum yang gadis pula tertelan ape ? haha...

. orang asing punya cerita .

kalau ikut hati aku memang betul-betul tak suke foreigner nie. cukup aku #$%^&. paham-paham la kan. tapi dekat kedai aku nie ramai pula orang jenis macam nie. pelik juga aku. tapi aku berterima kasih juga sebab die tolong memajukan perniagaan bos aku. aku pula senang hati sebab senang nak mintak gaji kalau sudah untung kedai banyak. aku cukup sesat melayan jenis nie. sudah la cakap seketul-seketul contoh ~

nak tepung - " tepung ? "
nak tukar duit - " change ? "

patutnya cakap la penuh . bila nak tukar duit tu aku ingat nak tukar barang. ingat sini pakai sistem barter macam kat tanah arab ke ? macam-macam sudah la cakap tak betul pastu sekali beli borong satu kedai.

. kehidupan punya cerita .

nie pula cerita pasal aku bergaul dengan golongan orang-orang sudah berumur. tajuk yang mereka katakan kebanyakan nye pasal kahwin, duit, kerja, dll. kedai nie selalu dikunjungi oleh seorang pakcik tua nie. pakcik nie selalu beli rokok pallmall dekta kedai nie. tak silap aku umur die 8+ tahun la. sudah tua tapi masih kuat berjalan. aku sunggguh kagum. pernah sekali die bercerita pasal seorang pekerja kedai nie. orang kata kepala pekerja itu sudah tidak berapa betul. kadang-kadang die akan menjerit tak tentu hala. bila pakcik tua tu cerita hal sebenar baru aku tahu sebenarnya die sudah ditinggalkan isterinya dua kali. kali pertama die berkahwin dengan orang melayu biase katanya tidak sehaluan lalu bercerai. sejak die bercerai hati nye hancur dan menjejaskan kerja nya sebagai pengawai bank. dengar cerita kena buang kerja. pilu hati aku dengar. tapi ade anak satu dan die menjaga anaknya sebaliknya si isteri buat tidak tahu.
kali kedua die berkahwin dengan orang indon. tetapi tak sampai satu bulan apabila si isteri ajak balik ke indonesia si suami enggan. lalu bercerai. kesian bukan. dahulu kala lelaki selalu kena. sekarang gadis pula kena. dunia dunia.

satu lagi cerita pasal pakcik tua tu sendiri. die lagi la sakit hati aku dengar cerita die. sebab si isteri bercerai kerana mahu berkawin lain. dan yang mahu dikahwini nya itu kawan karib pakcik itu sendiri. macam-macam sifat manusia. kalau lelaki masalah kahwin banyak kalau gadis ini pula jadi nya.

. berita punya cerita .

sekarang kerja aku baca surat khabar je. biase la kerja kedai 'buncit' . sekarang kalau korang tahu banyak kes-kes bunuh. kenapa manusia sekarang ? terlalu kejam. ade yang bunuh tanpa sebab. ade yang bunuh tunang sebab si tunang mahu putuskan ikatan. lepas tu bunuh diri. macam-macam tak ade kesedaran ke ? nyawa orang bukan hak kite putuskan. walau macam mane sakit hati atau kejam orang itu kita tak dapat buat ape hanya berserah iti sahaja kita mampu. seperti hati aku. duduk dekat tidak pula jumpa. kalau jauh mahu pula berjumpa. lepas tu cerita O and O. siapa yang baca paper tak rase tertipu ke ? gambar yang dipaparkan itu satu penipuan. takkan la orang tu mati dalam keadaan yang sama. takkan la die mati kedudukan die ternganga sama ? sedangkan wajah nya pada tahun baru-baru ini sudah berisi sedikit.

satu lagi cerita selamatkan. sedih hati aku menitis air mata membaca akhbar tentang seorang ibu membengkok kan palang tingkap untuk selamatkan anak nya. kasih nya seorang ibu terhadap anaknya. terlalu menyayangi anaknya sehingga menggadai nyawa nya sendiri. aku kesian pada anak-anaknya kehilangan ibu tersayang sedangkan hari ibu menjelang tak lama selepas itu. bersyukurlah dengan ape kita ade. ini pula cerita seorang ibu kehilangan anak nya.
tiga orang anak nya. pilu hati nye. aku nasihatkan jangan bawak anak-anak masih keci pergi mandi air terjun. bahaya aku tahu sebab aku penah hanyut mase aku kecik.

renung-renungkan lah :)

ps~ bekerja di seksyen 9 Bangi (JULIA)
visit lah saya :P

No comments:

Post a Comment

:: more more ::